Thursday 4 September 2014

Resepi Bebola Ikan Sedap


Bahan-bahan yang diperlukan dalam membuat bebola ikan
  • 300gm ikan tenggiri atau "yellow fish tail" (paling sesuai) isi nya putih mesti yang segar
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • Garam secukup rasa.
  • 1/2 sudu kecil lada sulah 
  • Air sejuk (anggaran 1/2 cawan -3/4 cawan) dalam peti - adunan nanti mcm nak buat cucur pisang.     

Kikis isi ikan mggunakan sudu seramik, hanya ambil isinya sahaja

 Kemudian kisar isi ikan hingga hancur

Masukkan tepung jagung dan garam serta lada sulah

Dah sebati masukkan air



Kemudian keluarkan adunan dan masukkan dalam besen kecil, ambil sikit-sikit dan baling adunan dalam bekas, buat banyak kali sehingga anda rasa adunan ni kenyal dan berkilat serta licin

Ambil sikit adunan gunakan ibu jari dan jari telunjuk (tengok gambar), keluarkan bebola ikan antara dua jari

  Ambil bebola ikan guna sudu dan masukkan dalam bekas yang diisi air sejuk dengan 1 sudu garam (rendam seketika selama 15 minit) 

  Kemudian rebus dalam air mendidih sehingga masak. Bebola ikan akan terapung bila sudah masak

Selamat mencuba!!!


p/s: kredit to orang yang post resepi ini kat fb. Nak tulis nama tuan yg post pun dah tak boleh sebab dah lame deactivate fb. maaf ye. =)