Monday 28 January 2013

*Warkah buat bakal suami*


Wahai lelaki, fahamilah erti perkahwinan…

Perkahwinan menyingkap tabir rahsia,

Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah…

Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah..

Perkahwinan, mengajarkan makna kewajipan bersama,

Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri menjadi ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri ibarat ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid,
Kamu gurunya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,

Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuas-puasnya, Saat Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,

Seandainya Isteri tulang rusuk yang bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya…

Perkahwinan, menyadarkan Kamu perlunya IMAN DAN TAQWA,
Untuk belajar lebih SABAR DAN REDHA,

Kerana Kamu miliki isteri yang tidak sehebat mana,
Hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, menjadi solehah..

Kamu akan tersentak dari alpa, Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajhah,

Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh

*Wanita Pilihan*

Bismilahir-Rahmanir-Rahiim..
1. Wanita pilihan bukanlah dilihat dari
kecantikan paras wajahnya, tetapi dilihat
dari kecantikan hati yang ada di baliknya.

2. Wanita pilihan bukan dilihat dari
bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi
dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk
tubuhnya.

3. Wanita pilihan bukan dilihat dari
begitu banyaknya kebaikan yang ia
berikan, tetapi dari keikhlasan ia
memberikan kebaikan itu.

4. Wanita pilihan bukan dilihat dari
seberapa indah lantunan suaranya, tetapi
dilihat dari apa yang sering mulutnya
bicarakan.

5. Wanita pilihan bukan dilihat dari
keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari
bagaimana caranya ia berbicara.

6.Wanita pilihan bukan dilihat dari
keberaniannya dalam berpakaian, tetapi
dilihat dari sejauh mana ia berani
mempertahankan kehormatannya.

7. Wanita pilihan bukan dilihat dari
kekhawatirannya digoda orang dijalan,
tetapi dilihat dari kekhawatiran dirinyalah
yang mengundang orang jadi tergoda.

8. Wanita pilihan bukanlah dilihat dari
seberapa banyak dan besarnya ujian yang
ia jalani, tetapi dilihat dari sejauh mana ia
menghadapi ujian itu dengan penuh rasa
syukur.

9. Wanita pilihan bukan dilihat dari sifat
ramahnya dalam bergaul, tetapi dilihat dari
sejauh mana ia bisa menjaga kehormatan
dirinya dalam bergaul.

10. Ciri Wanita pilihan muslimah cantik
bukan dari fizik, tapi dinilai dari hati, akhlak
dan perbuatannya.

Barakallahufikum ....